Mesin penapis air bukan lagi kehendak tetapi kini sudah menjadi satu keperluan untuk setiap rumah juga pejabat. Ia adalah sama penting seperti periuk nasi elektrik dan peti sejuk. Oleh kerana permintaan yang terlalu tinggi, harga penapis air kini sudah dijual dengan harga yang berpatutan malahan ada kemudahan untuk bayaran bulanan beserta servis bulanan.
Jika dulu kita guna cerek elektrik hanya untuk air panas, tapi dengan penapis air kini bole nikmati air sejuk, panas dan suhu bilik.
Bila bercakap berkenaan penapis air, jenama yang biasa kita lihat atau dengar adalah Coway atau Cuckoo. Jarang-jarang kita dengar orang sebut selain dari 2 jenama ini.
Apa perbezaan antara penapis air Coway & Cuckoo?
Dibawah saya terangkan perbezaannya;
COWAY mempunyai beberapa jenis filter iaitu, nanotrap atau mineral, R.O (Reverse Osmosis) dan juga Alkali. Filter R.O atau Reverse Osmosis adalah filter yang popular dikalangan pengguna Coway. Dengan penapisan Reverse Osmosis ini, air akan ditapis sehingga tersingkirnya  99.99% bakteria dan juga benda asing yang berada di dalam air. Oleh itu, air yang ditapis akan menjadi sangat halus dan bersih.
CUCKOO pula mempunyai 1 jenis filter sahaja iaitu Mineral atau dikenali sebagai Nano Positive. Teknologi Nano Positive ialah satu teknologi tapisan air yang menapis hampir keseluruhan kotoran dan benda asing yang berbahaya di dalam air dan hanya meninggalkan bakteria +ve dan garam mineral yang diperlukan oleh tubuh sahaja.
COWAY menggunakan teknologi tapisan sehalus 0.0001 micron dengan teknologi Reverse Osmosis dan ini menjadikan air dari coway berskala pH sekitar pH 6.5 hingga pH 7.5. Melalui tapisan ini membuatkan air coway sangat tulen (Pure).
CUCKOO pula menggunakan teknologi tapisan Nano positive yang tidak dinyatakan saiz tapisannya. Bacaan pH air yang ditapis oleh penapis air Cuckoo adalah sekitar 7.0 (Neutral) hingga 8.0 (Alkali ringan).
Saiz tangki sangat memainkan peranan penting dalam pemilihan penapis air. Jika tangki kecil maka penggunaan semasa menjadi sangat terhad dan terpaksa menunggu tangki penuh semula.
Di bawah adalah model table top dan saiz tangki.
Coway Neo adalah model table top dan saiz tangkinya adalah 5.8 liter.
Maka dapat disimpulkan tangki penapis air Coway lebih besar dari Cuckoo.
Jadi untuk kesimpulannya, jika jumlah ahli keluarga dalam 7 orang bolehlah pilih Penapis air Coway Villaem II kerana tangki airnya besar dan sesuai untuk menampung siaz keluarga begitu.
Dan yang paling best, Coway akan datang ke rumah untuk servis penapis air setiap 2 bulan serta jaminan kerosakan selama 5 hingga 7 tahun tanpa sebarang caj tambahan.
Bestkan, jadi buatlah pilihan bijak dan boleh klik link dibawah untuk pembelian penapis air Coway.Â
Ini bukan laman web rasmi Coway. Laman web ini dimiliki oleh Coway Authorized Health Planner; Nurul Amira Binti Nafsir [HP622256]. Semua maklumat dalam laman web ini dihasilkan dari laman web rasmi Coway Malaysia www.coway.com.my dan maklumat berbeza dari laman web rasmi tidak akan disabitkan ke atas Coway (M) Sdn. Bhd.
You cannot copy content of this page